Terima Kasih Kerana Melawat Blog Ini...(^_^).

Rabu, 21 September 2011

Catatan Semasa Perhimpunan Rasmi

Apa khabar korg semua harap harap sihat semuanya ok...Lama gak aku xupdate blog aku nie(sambil meniup habuk yang terkumpul di dalam blog aku nie)hehe..
Hari nie hari Rabu..seperti biasa sekolah aku ada perhimpunan rasmi.
Nampak nya minggu nie ramai pelajar(termasuk aku) yang membawa buku catatan berbanding minggu minggu yang lain.
Sebenarnya buku catatan nie ditegaskan oleh pengetua sekolah aku iaitu Encik Mohd Saad.Sebenarnya pengetua nie baru sahaja datang ke sekolah SMKKK tu.Tapi yang sebenar benarnya dia pernah menjadi pengetua SMKKK pada tahun 1992.Jadi dia dah biasa dengan keadaan dan suasana di SMKKK.
Antara ucapan yang dapat aku catat kan kedalam buku catatan aku tu ialah:-
1.Cikgu Hazlan
1.Setiap pelajar mestilah memakai tanda nama/lencana.
2.Bagi pelajar lelaki baju mestilah dimaksukkan kedalam seluar.
3.Jangan masuk lewat ke dalam kelas.kecuali disebabkan hujan terlalu lebat.
4.Selepas parking motorsikal,basikal,bas atau kenderaan kenderaan lain pelajar yang parking di dalam kawasan sekolah.
5.Bagi semua pejalan kaki mestilah melalui jalan yang ditetapkan.Jangan lalu di laluan untuk kenderaaan guru.Jika terlanggar maka tiada sebarang socso untuknya.Walaupun kita memakai baju yang berlambang sekolah<----hmmm..besalah cikgu semuakan ada ego masing masing.
6.Semasa waktu p&p pertukaran guru,jangan keluar pergi ke tandas.
7.Waktu rehat jangan berada di dalam kelas<----yang nie perangai aku.
8.Waktu rehat jangan berkumpul di dalam tandas.
9.Mestilah ada kerja yang hendak dilakukan.p/s tidur tidak tersenarai ok..
10.Tingkap mestilah dijaga dengan elok.p/s:anggapkan tingkap ni berada di rumah kita.
11.Papan kenyataan sebenarnya papan untuk kita membuat bahan bacaan.p/s:bukannya papan untuk kita melepaskan kegeraman masing masing.
12.Peruntukkan kerajaan mestilah digunakan dengan sebaik baiknya.
13.Mestilah menjaga pintu tandas.<---padahal pintu tandas untuk pelajar lelaki hanya tinggal satu pintu saja.Yang lain dah lenyap.lol
14.Jangan xmakan pagi dan jangan tidak membuang air besar jika telah sampai waktu nya,

Rasa rasa nya tu saja aku nak share serba sedikit catatan yang aku catat.sebenarnya ada banyak lagi catatan yang aku dah buat..kalau nak share kat sini memang lama.Aku nie jenis yang malas ckit nak post kt blog nie<---xdak lagi ke alasan lain?

Ok...lah terima kasih kerana sanggup membuang masa korang untuk membaca post nie..kesian sekian terima kasih...(=_=)..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan